MPOB cipta Oto-BaC, sistem pengesan ulat sawit automatik pertama di dunia

0
22

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah mencipta sebuah sistem pengesan automatik pertama di dunia bagi mengesan spesies ulat bungkus ‘Metisa plana’, salah satu spesies utama serangga pemakan daun pokok sawit.

MPOB berkata, teknologi ciptaan penyelidik MPOB yang diketuai oleh Mohd Najib Ahmad itu dikenali sebagai Alat Pengesan Automatik Ulat Bungkus atau ringkasnya Oto-BaC.

“Ia menggunakan kamera dan algoritma pembelajaran mendalam yang dibangunkan oleh kumpulan penyelidik itu, yang terdiri daripada pengesan pergerakan dan analisis warna palsu untuk mengesan dan membezakan larva dan pupa ulat bungkus yang hidup dan mati.

“Oto-BaC juga dapat menghitung jumlah larva dan populasi pupa sepelepah, serta mengklasifikaskan mereka kepada tahap larva dan pupa,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Oto-BaC dilancarkan baru-baru ini semasa Seminar Pemindahan Teknologi MPOB 2020 dan memenangi Pingat Perak di Ekspo Teknologi Malaysia 2020.

Penggiat industri dan usahawan digalakkan untuk mengkomersialkan Oto-BaC bagi kawalan ulat bungkus di ladang sawit.

-NIAGATIMES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.