MPOB perkenal teknologi baharu di TOT 2022

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) hari ini melancarkan teknologi-teknologi baharu pada Webinar dan Pameran Pemindahan Teknologi (TOT) 2022, yang diadakan di ibu pejabatnya di Bangi.

Teknologi-teknologi baharu tersebut adalah formulasi pelet makanan untuk lembu pedaging berasaskan sawit dan teknologi untuk formulasi serta proses pembuatan biskut berfungsi diperkaya dengan minyak sawit merah.

Formulasi pelet makanan lembu pedaging berasaskan sawit mengandungi lebih 80 peratus bahan berasaskan sawit iaitu dedak isirung sawit (PKC), tandan buah kosong (EFB) dan minyak sawit mentah (MSM).

Formulasi yang dibangunkan oleh MPOB ini mengandungi komponen nutrisi lengkap untuk lembu pedaging mengikut spesifikasi nutrien. Ia menawarkan alternatif kepada bahan mentah yang diimport dan mahal kerana bahan mentah berasaskan sawit boleh didapati di dalam negara.

Penggunaan produk sawit dan produk sampingan memberikan penjimatan kos untuk pengeluaran pelet makanan lembu pedaging dan boleh dijual pada harga yang kompetitif di pasaran.

Tambahan pula, formulasi yang dibangunkan ini mengandungi keperluan nutrien yang lengkap untuk pertumbuhan lembu pedaging.

โ€œFormulasi ini menyumbang kepada pengurangan kos pengeluaran makanan. Kenaikan kos makanan memberi tekanan kepada penternak kerana mereka terpaksa menanggung kos operasi yang lebih tinggi. Ini mengakibatkan harga daging yang lebih tinggi di pasaran yang seterusnya memberi kesan kepada pengguna,โ€ kata Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng ketika berucap mewakili Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin pada perasmian TOT 2O22.

-NIAGATIMES

KREDIT-FOTO-Wee-Jeck-Seng.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.