Pekebun kecil yang masih gagal mendaftar atau memulakan proses Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) akan berdepan tindakan pembatalan, gantung lesen atau lesen tidak diperbaharui mulai tahun depan, kata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
Agensi kepada Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu berkata, pihaknya tidak sesekali akan berkompromi kepada mana-mana pekebun kecil yang didapati masih berdegil kerana kerajaan sebelum ini telah melanjutkan tempoh pelaksanaan pensijilan MSPO bagi pekebun kecil yang berakhir pada 31 Disember 2020.
โPekebun kecil yang masih belum melaksanakan pensijilan MSPO akan menerima surat peringatan yang akan dikeluarkan oleh MPOB bermula 1 Januari 2021.
โBermula 1 Julai 2021, MPOB akan memulakan tindakan kompaun dan mulai 1 Januari 2022, pekebun kecil yang masih tidak memiliki MSPO akan berdepan tindakan dibatalkan, digantung dan tidak diperbaharui lesen mereka,โ katanya.
Jelas MPOB, pendaftaran MSPO boleh dilakukan melalui dalam talian di mspo.mpob.gov.my atau di 53 pejabat cawangan MPOB di seluruh negara.
โMPOB juga memperkenalkan kaunter bergerak MSPO yang akan berada di kawasan-kawasan strategik bagi pekebun kecil mendaftar Pensijilan MSPO,โ ujarnya.
Pelaksanaan Skim MSPO yang meliputi sektor ladang, pekebun kecil dan kilang kelapa sawit bertujuan meningkatkan pengeluaran minyak sawit mampan dan penjenamaan minyak sawit Malaysia yang menyumbang peningkatan daya saing industri sawit di peringkat global.
-NIAGATIMES