Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) hari ini memeterai memorandum perjanjian (MoA) dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk menjalin kerjasama dan perkongsian kepakaran penyelidikan terutama dalam kajian pengekspresan dan pencirian enzim lipase daripada pokok sawit (Elaeis guineensis).
MPOB dan UPSI juga akan berkongsi kepakaran penyelidikan dalam bidang lain yang akan dipersetujui bersama pada masa akan datang.
Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata memorandum perjanjian ini diharap dapat memberi impak yang positif kepada UPSI, MPOB dan seterusnya industri sawit Malaysia khususnya dalam memanfaat penemuan potensi enzim lipase daripada pokok sawit sebagai bio-pemangkin untuk aplikasi dalam pelbagai sektor.
MPOB mempunyai kepakaran dalam bidang bioteknologi berkaitan sawit terutamanya dalam program biak baka, program genom, program transgenik, program proteomik dan metabolomik serta program fenolik dan program kultur tisu dalam memajukan sektor huluan sawit negara.
Manakala UPSI pula mempunyai kepakaran dalam bidang bioteknologi mikroorganisma.
โPerkongsian kepakaran terutamanya dalam bidang bioteknologi akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
โKerjasama ini akan memberi peluang kepada pelajar Sarjana Muda UPSI dalam bidang bioteknologi untuk mendapatkan kepakaran dan menggunakan kemudahan penyelidikan di MPOB dalam melaksanakan projek penyelidikan berkaitan sawit yang akan dipantau oleh pihak MPOB,โ katanya di majlis tersebut.
Menurut Parveez, permeteraian memorandum perjanjian pada hari ini antara usaha MPOB melahirkan penyelidik yang akan membantu dan menyumbang kepada pertumbuhan mampan industri sawit negara.
-NIAGATIMES