MQBC sedia bantu usahawan Malaysia luas perniagaan ke Qatar

Majlis Perniagaan Malaysia Qatar (MQBC) melihat hubungan perdagangan yang baik antara Qatar dan Malaysia wajar dimanfaatkan sekaligus mengalu-alukan penyertaan syarikat-syarikat Malaysia untuk tampil memperluaskan rangkaian perniagaan masing-masing ke sana.

Presiden MQBC, Datuk Maheran Mohd. Salleh berkata, pihaknya sentiasa terbuka untuk membantu usahawan dari Malaysia melabur di Qatar dengan peranan mereka sebagai pusat sehenti membolehkan perniagaan yang terlibat kelak berpotensi dikembangkan ke negara-negara Asia Barat yang lain.

“Sebelum ini, banyak syarikat bimbang melabur di negara ini. Malah, mereka juga tidak tahu peluang pelaburan yang terdapat di sini.

“Hakikatnya kami boleh membantu syarikat Malaysia dan juga Qatar dalam membentuk kerjasama perniagaan strategik bagi melakukan pelaburan di kedua-dua negara,” katanya kepada pemberita Malaysia di Doha, semalam.

Tambah Maheran, usahawan yang berminat boleh mencontohi sektor seperti pembinaan dan kejuruteraan, perkhidmatan serta pengurusan hotel yang telahpun menempa nama di negara berkenaan.

Qatar-Malaysia.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.