MR. DIY promosi jualan diskaun 30% bagi 60 produk buatan Malaysia

Peruncit perkakas rumah kegemaran negara, Kumpulan MR. DIY Berhad (MR. DIY) mempamerkan beberapa jenama kegemaran Malaysia bulan ini dengan inisiatif ‘Kempen Beli Buatan Malaysia’.

Inisiatif khas itu menampilkan lebih 60 produk buatan Malaysia sebagai sebahagian daripada usahanya untuk menggalakkan rakyat Malaysia ‘Beli Lokal’ termasuk perkakasan, barangan keperluan rumah dan produk makanan dan minuman (F&B), dengan diskaun sehingga 30 peratus.

Mengulas mengenai inisiatif tersebut, Naib Presiden Pemasaran Kumpulan MR. DIY, Alex Goh berkata, pihaknya berbangga menjadi jenama yang dibina oleh rakyat Malaysia, untuk rakyat Malaysia.

“Kejayaan kami adalah kerana kesetiaan rakyat Malaysia. Jadi wajar sekali untuk kami terus memberikan sokongan kepada jenama-jenama tempatan yang lain.

“Inisiatif ‘Beli Lokal’ mempamerkan jenama Malaysia yang memberikan nilai yang baik dan ’Always Low Prices’. Ini adalah cara kami memberi peluang kepada para pelanggan untuk memanfaatkan sepenuhnya ringgit mereka dan menyokong perniagaan tempatan.

“Pelbagai produk boleh didapati di cawangan-cawangan kami di seluruh negara dan dalam talian, jadi saya ingin menjemput semua ke MR. DIY,” katanya dalam satu kenyataan.

Jenama Malaysia yang mengambil bahagian dalam inisiatif Kempen Beli Buatan Malaysia MR. DIY termasuk jenama perkakasan terkemuka seperti X’traseal, SB Tape, Waxco dan MR. DIY.

Jenama keperluan isi rumah yang ditawarkan termasuk AMDPro+, Hero 99, Softlan, Top Glove dan Premier.

Selain itu, terdapat juga pelbagai produk snek dan minuman popular yang ditawarkan termasuk dari jenama Mamee Chef, Mister Potato, Munchy’s, Snek Ku, Yarra by Farm Fresh dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif ‘Beli Lokal’ dan rangkaian jenama Malaysia yang ditawarkan, sila layari laman web dan media sosial MR. DIY.

-NIAGATIMES

gambar-hiasan-kredit-MR-DIY.jpg