MRC salur RM25,000 kepada pekebun kecil getah dan keluarga B40 di Melaka

Majlis Getah Malaysia (MRC) bersama dengan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) dan Lembaga Getah Malaysia menyalurkan sumbangan berjumlah RM25,000 kepada komuniti pekebun kecil getah dan keluarga B40 di Bukit Payung, Melaka, hari ini.

Sumbangan ini telah diserahkan oleh, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin bersempena dengan Program Lawatan Kerja ke Tapak Projek Getah Untuk Pribumi (GUP), Lembaga Getah Malaysia yang terletak di Bukit Payung, Alor Gajah.

Seramai 50 orang telah menerima bantuan sumbangan ini berupa bakul makanan yang terdiri daripada makanan asas seperti beras, gula pasir, tepung gandum, minyak masak, dan beberapa keperluan asas lain serta wang tunai untuk membantu menampung perbelanjaan dalam menjalani kehidupan harian.

Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada program Bantuan Prihatin MRC, salah satu inisiatif Tanggungjawab Sosial, Bahagian Kelestarian MRC.

โ€œDiharapkan dengan program dan inisiatif oleh agensi-agensi di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi seperti Lembaga Getah Malaysia dan MRC ini dapat membantu para pekebun kecil getah dan merapatkan jurang ekonomi serta mewujudkan keseimbangan dalam rantaian sekor huluan dan hiliran, sesuai dengan aspirasi Kementerian untuk mentransformasi industri getah di Malaysia,โ€ kata Pengerusi MRC, Dr. Daroyah Alwi yang turut hadir sama dalam program lawatan kerja ini.

-NIAGATIMES

KREDIT-FOTO-MRC.jpeg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.