MSG91 rapatkan jurang komunikasi antara pelanggan dan syarikat

Tahun 2020 mengubah segala-galanya dengan pandemik yang menular secara tiba-tiba, daripada tingkah laku sosial hinggalah kepada komunikasi.

Perkhidmatan komunikasi yang pantas merupakan keperluan masa kini untuk kekal berhubung dengan pangkalan pengguna apabila ‘normal baharu’ diperkenalkan. Justeru, MSG 91 tampil dalam setiap langkah ini untuk mengoptimumkan pengalaman mereka sambil menghasilkan pulangan yang terbaik.

Menurut Forbes, kira-kira 85 peratus daripada syarikat-syarikat mempersetujui bahawa integrasi API telah membuka laluan untuk kaedah pembangunan baharu, manakala 70 peratus daripadanya telah pun mengguna pakai kaedah sedemikian.

Peringatan yang kerap akan membantu mengekalkan hubungan dengan pangkalan pelanggan sekaligus kekal menjadi relevan.

Selain itu, perkhidmatan pemesejan transaksional dan pelbagai organisasi awam juga boleh menggunakan perkhidmatan API untuk menjangkau orang ramai dengan peringatan dan maklumat yang tepat, sekaligus memerangi penyakit ‘infodemik’ yang berbahaya (sebagaimana yang dianggap oleh WHO sebagai kesalahan maklumat yang tersebar dengan pantas ke merata-rata tempat).

Kaedah tanpa sentuhan untuk mendapatkan resit dan perkara-perkara lain dalam bentuk transaksi SMS adalah berkesan dalam membendung penularan Covid-19 (melalui transmisi titisan) dan semakin membantu untuk mencapai matlamat perniagaan tanpa kertas di seluruh dunia.

Keselamatan ialah sesuatu yang amat membimbangkan, terutama dengan jumlah data yang besar yang direkod dan disimpan.

Keselamatan merupakan sesuatu yang sangat diberi perhatian di MSG91 untuk menyediakan komunikasi terbaik bagi perkhidmatan API. Kira-kira empat daripada setiap lima organisasi melaksanakan penyumberan luar untuk kaedah API luaran dan hanya 19 peratus melaporkan kelemahannya.

MSG91 telah bekerjasama dengan lebih 30,000 perniagaan di seluruh dunia. Organisasi awam, perkhidmatan kesihatan atau sesiapa sahaja yang memerlukan adalah digalakkan untuk menghubungi segera MSG91 dalam usaha membantu memerangi Covid-19.

-PR NEWSWIRE

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.