MTC sedia dana pembangunan RM28.3 juta untuk industri kayu-kayan

Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC) telah mengadakan Sesi Dialog Bersama Industri Pekayuan bersempena program Jerayawara MTC 2021 untuk memberi penerangan tentang perkembangan pasaran terkini di samping langkah dan usaha mengukuhkan lagi kedudukan industri perkayuan yang merupakan antara penyumbang utama kepada eksport komoditi negara.

MTC berkata, program yang turut dihadiri Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali ini merupakan acara tahunan MTC untuk berinteraksi secara lebih dekat dengan industri kayu-kayan di peringkat negeri.

โ€œMenteri juga dijadual bertemu dengan pemain industri kayu-kayan di peringkat negeri di dalam sesi yang sama bermula dengan Melaka (6 Mei), Seberang Jaya, Pulau Pinang (7 Mei) dan Johor Bahru, Johor (10 Mei).

โ€œSebagai agensi berkaitan perkayuan di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), MTC telah memperuntukkan sebanyak RM28.3 juta bagi dana pembangunan agar industri kayu-kayan lebih berdaya saing.

โ€œSebagai subsektor ketiga terbesar selepas sawit dan getah, prestasi eksport kayu-kayan negara sehingga Februari 2021 mencatatkan nilai sebanyak RM3.78 bilion, penurunan sebanyak 3.3 peratus berbanding tempoh sama pada 2020 berikutan kesan pandemik Covid-19,โ€ katanya dalam satu kenyataan, semalam.

MTC telah mengambil beberapa initiatif baru bagi membantu para pemain industri iaitu:

(a) Young Entrepreneur Society (YES), sebuah program yang direka untuk membantu peralihan kepimpinan pengasas kepada pengganti dalam industri perkayuan

(b) Program Penempatan Jurutera dan Latihan Prasiswazah dalam Industri Kayu Kayan 2021 (EPIP)

(c) TimbeReality, sebuah program khusus untuk mempromosikan produk kayu Malaysia di platform maya

(d) Program Inkubator Reka Bentuk 2.0, program yang menghubungkan pereka/arkitek tempatan dengan syarikat berasaskan kayu dan perabot untuk menghasilkan produk kayu dan perabot bernilai tinggi buatan Malaysia

(e) Program Keusahawanan Pemasaran Digital

(f) Program Bantuan Eksport (EAP)

-NIAGATIMES

Industri-kayu-kayan-Gambar-hiasan.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.