Mudah Auto lancar jualan kereta terbesar Malaysia, bantu industri kereta terpakai

0
49

Mudah Auto, ‘Malaysia’s No.1 Car Marketplace’, yang merupakan sebahagian daripada Mudah.my telah memperkenalkan inisiatif terbaharunya, ‘Jualan Kereta Terbesar di Malaysia’.

Kempen terbaharu oleh Mudah.my ini tertumpu kepada usaha menyediakan platform untuk rakyat Malaysia membeli kereta mereka sendiri pada nilai terhebat yang sesuai dengan kehendak mereka pada harga berpatutan.

Mudah Auto dalam satu kenyataan berkata, Jualan Kereta Terbesar di Malaysia ini menunjukkan sokongan Mudah.my terhadap Pelan Pemulihan Ekonomi Berjangka Pendek Kerajaan.

“Bagi membantu merangsang pemulihan industri kereta terpakai, lebih 1,600 pengedar kereta terpakai di Mudah.my akan menawarkan diskaun tambahan, pada kadar minimum 10 peratus daripada harga tersenarai bagi kempen ini.

“Sehingga kini, terdapat lebih 7,000 kereta yang telah disenaraikan untuk Jualan Kereta Terbesar di Malaysia, sebagai tambahan kepada lebih 80,000 kenderaan terpakai yang sedia ada di dalam Mudah.my,” jelas kenyataan tersebut, semalam.

Sementara itu, Ketua Mudah Auto, Peter Wong berkata, tawaran-tawaran dan diskaun menarik untuk kereta terpakai yang hanya ada semasa Jualan Kereta Terbesar Malaysia tidak akan menjadi realiti tanpa sokongan pengedar kereta mereka.

“Kami gembira menjalinkan kerjasama untuk melonjakkan jualan menerusi 8 juta pengguna bulanan Mudah.my.

“Mewakili Mudah.my, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada setiap pengedar kereta yang telah membantu menjayakan kempen ini, dan bersama, kita akan mencatatkan sejarah sebagai antara pemegang rekod di Malaysia,” katanya.

Jualan Kereta Terbesar Malaysia telah bermula pada 15 Jun 2020 sehingga 15 Julai 2020. Rakyat Malaysia boleh melayar laman web Mudah.my atau memuat turun aplikasi Mudah.my untuk mencari tawaran kereta yang ada.

Mudah-Auto-Jualan-Kereta-Terbesar.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.