MY Token telah mencapai kejayaan besar dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah hab teknologi global baru-baru ini dengan penganjuran acara blok rantai dan Web3 yang pertama sepertinya di Asia.
Acara luar biasa ini telah diadakan di KL Base pada 14 dan 15 September, menghimpunkan tokoh-tokoh ternama dalam industri blok rantai dan membawakan gabungan dinamik antara teknologi, pendidikan dan hiburan.
MyToken, yang mendapat pengiktirafan daripada Tourism Malaysia dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), memaparkan peranan semakin penting yang dimainkan oleh negara ini dalam ekosistem blok rantai.
Majlis pembukaan dihadiri oleh Nor Maizatul Azta Sanip, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia; Dr. Shahril Baharim, Setiausaha Bahagian Akaun, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, dan Zuraini Ahmad, Pegawai Parlimen Dewan Negara. Acara dua hari ini yang penuh dengan program menarik dijayakan dua hari sebelum Hari Malaysia, baru-baru ini.
Diangkat sebagai acara blok rantai terulung di rantau ini, MY Token bertujuan menggiatkan pertumbuhan ekonomi digital Malaysia, dan menarik usahawan, pencipta, pelabur dan peminat teknologi dari serata dunia. Dengan matlamat mengetengahkan potensi blok rantai Malaysia, MY Token bertindak sebagai platform unik yang merapatkan jurang industri tradisional dengan ekonomi digital yang sedang pantas berkembang.
“MY Token bukan sahaja satu forum bual bicara tanpa sebarang aktiviti bermakna. Pada hakikatnya, acara ini diasaskan untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan pelancongan di Malaysia dengan menarik penyertaan jenama-jenama Web3 yang utama, untuk membuka laluan bagi bakat-bakat Web2 beralih ke dunia Web3,” kata Sangeet Singh, pengasas bersama MY Token dalam ucapan alu-aluannya.
“MY Token menawarkan sesuatu yang benar-benar unik — perjumpaan antara pemikir, pembina, dan pencipta yang belum pernah dilihat di rantau ini. Acara seperti MY Token menghimpunkan pencipta, pemaju, pelabur dan penggubal dasar untuk mempelopori kemajuan masa depan,” kata Spencer Soloway, Naib Presiden Pertumbuhan Ekosistem di Horizen Labs.
-NIAGATIMES