MyMy sedia untuk ujian beta dan perkenal inovasi produk Malaysia

Syarikat teknologi kewangan dan penyedia e-dompet tempatan, MyMy baru-baru ini memperkenalkan ciri-ciri kad dan aplikasinya yang maju dan terkini, selari dengan kesediaannya untuk memasuki fasa Ujian Beta yang dijadualkan pada Januari 2022.

Disokong oleh permintaan hasil daripada kajian pasaran yang mendalam, penawaran utama MyMy termasuklah kad prabayar tiada nombor yang meningkatkan lagi tahap keselamatan bagi transaksi pembayaran fizikal.

Bagi transaksi dalam talian pula, MyMy memperkenalkan ciri-ciri biometrik untuk mengesahkan transaksi – satu elemen sekuriti yang menggantikan risiko-risiko yang berkait dengan kaedah pengesahan lain yang merumitkan.

“Kami mendengar apa yang rakyat Malaysia mahukan dan memberikan perhatian yang sangat serius terhadap peningkatan kes penipuan bagi pembayaran digital dan secara dalam talian.

“Sebab itulah kami telah mengenal pasti keperluan untuk menggunakan ciri-ciri biometrik sebagai sebahagian daripada langkah keselamatan kami, dan tidak lama lagi, keupayaan pengecaman wajah juga akan turut diperkenalkan.

“Kad prabayar tiada nombor kami turut menambah kepada tahap keselamatan bagi menghalang sebarang tipu helah dan pembelian tanpa kebenaran,” kata Pengasas Bersama MyMy, Joe McGuire.

Memandangkan sektor pelancongan di seluruh dunia dijangka akan kembali rancak mulai 2022, Joe menambah bahawa kad prabayar tiada nombor MyMy bukan sahaja menjadi alternatif lebih murah berbanding kad debit atau kredit, tetapi ia juga diterima di peringkat global di lebih 80 juta premis perniagaan dan ATM di seluruh dunia, tidak seperti kod QR yang terhad penggunaannya dan hanya diterima di Malaysia.

Selain itu, mulai 15 hingga 25 Disember 2021, MyMy memulakan musim perayaan Krismas dengan memberikan kredit sebanyak RM100 melalui Peraduan 10-Hari Menjelang Krismas.

-NIAGATIMES

Numberless-Card-w-App.png

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.