Myra perkenal perbandaran eksklusif, pembiayaan pengubahsuaian di Alam Impian

Myra, jenama kediaman di bawah Oriental Interest Berhad (OIB), melakar kemasukan paling ketara ke Shah Alam dengan pelancaran Myra Tenuman, perbandaran seluas 70 ekar di Alam Impian dengan unjuran Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM1 bilion.

Pembangunan ini dijangka meningkatkan penanda aras bagi kehidupan bandar yang berpaksikan komuniti di salah satu koridor yang paling pesat membangun di Lembah Klang.

Tidak sekadar projek kediaman, Myra Tenuman dibayangkan sebagai perbandaran lengkap yang menyepadukan rumah bertanah premium, pangsapuri servis yang bakal dibangunkan, zon komersial berorientasikan komuniti, serta ruang awam berkonsepkan reka tempat.

Ditunjangi hab desa yang dikurasi dengan teliti, pelan induk ini bakal menghubungkan koridor hijau, taman poket dan ruang awam, mewujudkan alamat jangka panjang buat keluarga pelbagai generasi dan profesional berjiwa progresif yang mendambakan eksklusiviti dan hubungan komuniti.

Tawaran rumah bertanah pertama dalam perbandaran ini akan diumumkan di bawah koleksi Halaman, yang terdiri daripada 54 rumah berkembar dan 16 banglo, dengan anggaran GDV sebanyak RM165.5 juta. Semua unit berstatus pegangan bebas dan mempunyai hak milik individu, memberikan jaminan pemilikan jangka panjang serta fleksibiliti untuk pengubahsuaian di masa hadapan.

Direka oleh Tangu Architecture, Halaman meraikan idea ‘Perkampungan Hijau’, memupuk rasa keterbukaan, keterhubungan, dan keharmonian dengan alam semula jadi. Rumah-rumah ini diinspirasikan oleh semangat kampung tradisional dan ditafsirkan semula melalui seni bina kontemporari serta permikiran reka bentuk tropika.

Unit banglo di Halaman dibina di atas petak tanah yang luas, kira-kira antara 6,652 hingga 8,826 kaki persegi, dengan keluasan binaan sehingga 3,982 kaki persegi, dan harga bermula dari RM3 juta. Unit berkembar pula akan mempunyai saiz lot antara 4,166 dan 7,535 kaki persegi, dengan keluasan binaan sehingga 3,376 kaki persegi, dan harga bermula dari RM2 juta.

-NIAGATIMES

IMG_8833.jpg