NanoMalaysia lancar REVOLUTIoNT di bawah dasar Industri 4.0

NanoMalaysia Berhad (NanoMalaysia) semalam melancarkan REVOLUTIoNT, satu inisiatif di bawah Dasar Revolusi Perindustrian Ke-4 Negara yang diperkenalkan baru-baru ini.

Ia merupakan antara teras utama dasar yang memberi tumpuan kepada nanoteknologi dan pembangunan produk dan penggunaan Internet Benda Nano (IoNT) untuk meningkatkan penyelesaian bagi pelbagai penggunaan dalam industri makanan dan pertanian, kesejahteraan, perubatan dan penjagaan kesihatan, peranti dan sistem elektronik, tenaga serta alam sekitar, seterusnya menyediakan platform untuk inovasi karbon rendah.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, kerajaan menyokong sepenuhnya Dasar 4IR Negara dengan NanoMalaysia Berhad sebagai salah satu pelaksana bagi memastikan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia kekal berdaya saing dalam menghadapi teknologi dan inovasi Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) yang disruptif.

“Pandemik yang berlaku telah memberi kesan kepada ekonomi kita tetapi 4IR membawa peluang pasaran yang dianggarkan bernilai RM205.5 bilion pada tahun 2025 dan peningkatan produktiviti sebanyak 30 peratus meliputi semua sektor pada tahun 2030.

“Inisiatif seperti REVOLUTIoNT akan membolehkan kita menggunakan sepenuhnya manfaat dan potensi 4IR,” katanya ketika melancarkan REVOLUTIoNT yang diadakan secara maya.

NanoMalaysia, sebagai agensi utama bagi pengkomersialan dan perindustrian nanoteknologi, telah menerima peruntukan kerajaan di bawah RMK-12 sebanyak RM50 juta bagi tempoh 2021-2025.

NanoMalaysia telah mengaktifkan lima projek baharu dan mencapai Petunjuk Prestasi Utama bagi tahun 2021.

-NIAGATIMES

REVOLUTIoNT.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.