NiagaTimes rai kecemerlangan 50 usahawan tempatan

0
1

Portal perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dwibahasa nombor satu di Malaysia, NiagaTimes, baru-baru ini telah meraikan kecemerlangan 50 usahawan tempatan pada majlis Anugerah Personaliti Industri dan Usahawan Malaysia 2019 yang berlangsung di  Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur.

Perasmian dan penyampaian cenderamata kepada YB Menteri
Perasmian dan penyampaian cenderamata kepada YB Menteri oleh penasihat NiagaTimes, Emir Abdul Jalal

Dengan tema ‘Dari Puncak ke Angkasa, Menyerlah Jauh dari yang Biasa’, anugerah tahunan kali ketiga ini menyaksikan sebanyak 15 bahagian anugerah dan 50 syarikat serta individu mengungguli kejayaan di dalam kategori seperti Ikon Usahawan Malaysia, Ikon Tahunan, Wanita dalam Perniagaan, Kepimpinan Industri, Sumber Manusia dan banyak lagi.

Anugerah Bank Pilihan Mesra Usahawan Bank Rakyat
Anugerah Bank Pilihan Mesra Usahawan Bank Rakyat

Anugerah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.

Redzuan dalam ucapannya berkata, majlis berkenaan adalah lambang pengorbanan serta kesungguhan usahawan-usahawan tempatan dalam merancakkan pembangunan ekonomi negara.

Anugerah Ikon Usahawan Tahunan (Pendidikan Keusahawanan) Tan Sri Dato' Professor Joseph Adaikalam
Anugerah Ikon Usahawan Tahunan (Pendidikan Keusahawanan) Tan Sri Dato’ Professor Joseph Adaikalam

“Program ini mampu menyedarkan kita semua bahawa peranan para usahawan amat penting dalam jatuh bangunnya ekonomi sesebuah negara. Oleh yang demikian, pelaksanaan program ini boleh dianggap sebagai satu pencapaian yang amat besar bagi menyuntik semangat keusahawanan dalam kalangan masyarakat,” katanya ketika menyampaikan ucaptama di Nusantara Ballroom Sheraton Imperial.

Pada majlis itu, NiagaTimes juga menyampaikan sumbangan kebajikan berjumlah RM10,000 kepada Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia dan RM30,000 untuk CSR Malaysia.

Anugerah Syarikat Terunggul (Pakej Katering & Dewan Majlis) Felda D'Saji Sdn Bhd
Anugerah Syarikat Terunggul (Pakej Katering & Dewan Majlis) Felda D’Saji Sdn Bhd

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif RHA Media, Datuk R. Rajendran; Editor Urusan CSR Malaysia, Lee Seng Chee; Penasihat NiagaTimes, Emir Abdul Jalal dan Ketua Pegawai Perkhidmatan Korporat Bank Rakyat, Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan.

Tahniah diucapkan kepada penerima-penerima Anugerah Personaliti Industri dan Usahawan Malaysia 2019!
Tahniah diucapkan kepada penerima-penerima Anugerah Personaliti Industri dan Usahawan Malaysia 2019!

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.