OKEx sasar peningkatan, luas perniagaan ke seluruh dunia

0
21

Selepas epidemik Covid-19, di tengah-tengah kemerosotan ekonomi dan kadar pengangguran yang semakin meningkat, industri kripto semakin mendapat perhatian yang banyak.

Situasi pandemik yang berubah seterusnya mempercepat penggunaan kripto, malah menggalakkan lebih ramai pihak mengembangkan kepercayaan dalam Bitcoin berbanding dengan bentuk yang lebih tradisional seperti emas, pasaran saham dan hartanah.

Justeru itu, syarikat OKEx sedang mengembangkan kehadirannya di pelbagai rantau dunia menjangkaui 180 negara dan kawasan sedia ada memandangkan peluang perniagaan yang semakin berkembang dan perdagangan kripto yang semakin meningkat.

Ketua Pegawai Eksekutif OKEx, Jay Hao berkata, ini ialah masa yang menarik untuk syarikatnya merancang pembukaan pejabat baharu di lebih banyak rantau bagi memberikan perkhidmatan kepada pengguna dengan lebih baik.

“Kami telah mula merekrut pakar blok rantai yang bersemangat untuk berkembang dan berjaya bersama-sama.

“Kami menjangkakan peningkatan 100 peratus dalam jumlah bilangan kakitangan untuk tempoh dua tahun demi memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dari seluruh dunia,” katanya dalam satu kenyataan.

Jay juga berkongsi bahawa OKEx melancarkan Beacon Program di rantau Eropah untuk menyokong mereka yang berminat dalam dunia blok rantai dan kripto yang berkembang maju pada masa sekatan pergerakan yang juga berfungsi sebagai peluang untuk memupuk bakat yang berpotensi untuk OKEx.

Crypto-Image-for-illustration-purpose-only.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.