Oldtown rancang pakej francais baharu

Oldtown White Coffee akan mengembangkan sistem perniagaan francaisnya dengan membangunkan pakej francais baharu dengan modal kurang daripada RM50,000 dan RM100,000 ke pasaran global.

Pengembangan ini selaras dengan perancangan syarikat untuk membuka 30 cawangan baharu di seluruh negara sepanjang tahun 2022 ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Oldtown White Coffee, Dawn Liew berkata, pakej baharu ini juga dibangunkan sebagai tanda sokongan kepada hasrat kerajaan untuk mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan kepada golongan B40 dan M40.

โ€œPara pengunjung turut berpeluang untuk menyaksikan prototaip bagi Pakej Perniagaan Francais Mikro (Mesin layan diri) dan Mampu Milik (Oldtown Express) di Oldtown Kopitiam Carnival yang dianjurkan di Sunway Pyramid bermula 15 hingga 20 Mac ini,โ€ ujarnya dalam satu kenyataan, semalam.

Oldtown menjangkakan pakej francais baharu yang dilancarkan pada 16 Mac 2022 bakal memasuki pasaran pada sukuan keempat tahun 2022.

Selain itu, program ini juga turut menyaksikan sesi menandatangani perjanjian francais bernilai RM2.9 juta antara Oldtown White Coffee bersama 6 francaisi baharu yang akan membuka cawangan Oldtown di IOI City Mall, R&R Tapah, Kedah Digital Library dan lain-lain.

Sementara itu, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid pula berkata, kementeriannya sentiasa komited untuk meletakkan industri francais sebagai sektor utama yang memberi impak yang tinggi kepada pembangunan perniagaan perdagangan dalam negeri.

โ€œIa secara tidak langsungd mencipta peniaga-peniaga baharu melalui pelantikan francaisi yang seterusnya menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan serta memberi nilai tambah kepada pengguna.

โ€œSelain itu, KPDNHEP juga ingin memastikan industri francais ini akan menjadi salah satu sektor utama yang menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia,โ€ jelasnya.

-NIAGATIMES

Kredit-foto-KPDNHEP.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.