OTSAW bina teknologi robotik basmi virus Covid-19

Syarikat teknologi dari Singapura, OTSAW telah membina mesin pemusnah Koronavirus (Covid-19) manusia pertama di dunia yang berjaya diuji di makmal menggunakan LED UV-C yang dipatenkan dengan OTSAW, iaitu O-RX.

Keberkesanan mesin ini telah diuji di makmal menggunakan sampel hidup Covid-19 manusia berkepekatan tinggi yang diterbangkan dari Amerika Syarikat dengan keputusan yang baru dikeluarkan.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas OTSAW, Ling Ting Ming berkata, dunia telah melalui perubahan drastik dan bersedia secara sosial dan ekonomi untuk perubahan yang akan datang.

“OTSAW dan robot O-RX kini menjadi sebahagian daripada dunia baharu apabila kita memulakan semula dan memfokuskan untuk menyatukan umat manusia dan mengalahkan virus ini,” katanya.

Berdasarkan keputusan dan ujian yang dilakukan oleh A*STAR yang disiapkan pada 21 Ogos lalu, sebanyak 99.9 peratus keberkesanan untuk pembasmian kuman telah dicapai dalam masa lima minit, dengan jarak kerja O-RX OTSAW sejauh 2.5 meter, melebihi spesifikasi pesaing dalam pembasmian kuman yang belum diuji di makmal.

Robot pembasmi kuman O-RX OTSAW ini dari segi konsep, reka bentuk, pembangunan dan pengeluaran dibuat oleh pasukan di Singapura.

Bateri robot ini boleh bertahan selama lima jam, dan lampu LED menjadikannya mesra alam. Robot ini juga boleh membasmi kuman seluas 4000 kaki persegi (371.6 meter persegi) pada setiap jam.

-PR NEWSWIRE

OTSAW.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.