Pameran hibrid Produk Gaya Hidup Hong Kong 2023

Hong Kong yang merupakan ibu kota pameran perdagangan premier dunia di Asia, telah menjadi destinasi yang ditujui oleh peniaga daripada seluruh dunia. Diikuti dengan permulaan semula pelancongan, pedagang global berkerumun untuk mengambil bahagian dalam aktiviti perdagangan bandar.

Lima pameran produk gaya hidup (Pameran Hadiah dan Premium Hong Kong, Home InStyle, Pameran Tekstil dan Hiasan Rumah Antarabangsa Hong Kong, Fashion InStyle serta Pameran Pencetakan dan Pembungkusan Antarabangsa Hong Kong) yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pembangunan Perdagangan Hong Kong (HKTDC), ditetapkan untuk kembali pada 19 hingga 22 April 2023 di bawah satu bumbung iaitu di Pusat Pameran dan Konvensyen Hong Kong (HKCEC).

Selain itu, platform padanan perniagaan pintar dalam talian HKTDC, Click2Match, akan dijalankan daripada 19 hingga 29 April 2023, menyediakan platform yang mudah dan efisien kepada pedagang untuk berhubung di luar pameran fizikal.

Model hibrid kesemua pameran baharu ini mencipta semula pameran perdagangan untuk memberi layanan kepada pedagang global pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Lima pameran akan menawarkan platform penyumberan serenti yang ideal dengan jumlah lebih daripada 3,500 pempamer dari seluruh dunia.

Daftar sekarang untuk penerimaan masuk percuma di laman https://bit.ly/3KlpbdY.

Laman Web

· Pameran Hadiah & Premium Hong Kong:
www.hktdc.com/event/hkgiftspremiumfair

· Home InStyle:
www.hktdc.com/event/homeinstyle

· Pameran Tekstil dan Hiasan Rumah Antarabangsa Hong Kong:
www.hktdc.com/event/hkhometextilesfair

· Fashion InStyle:
www.hktdc.com/event/fashioninstyle

· Pameran Pembungkusan & Pencetakan Antarabangsa Hong Kong:
www.hktdc.com/event/hkprintpackfair

-NIAGATIMES

pameran-hibrid-HK.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.