Panel khas Malaysia-Switzerland teroka pasaran baharu sawit

0
20

Delegasi Malaysia ke Kesatuan Eropah (EU) dan Switzerland yang diketuai Menteri Industri Utama, Teresa Kok bersama-sama pegawai kanan kerajaan dalam menjayakan Misi Ekonomi dan Promosi Sawit ke pasaran utama nampaknya sudah mendapat maklum balas positif daripada negara di sana.

Terbaharu,  Kementerian Industri Utama dan Jabatan Persekutuan Hal Ehwal Ekonomi, Pendidikan dan Penyelidikan (EAER) Switzerland bersetuju menjalinkan kerjasama dengan Malaysia untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa khas melibatkan pakar dari kedua-dua negara berhubung isu berkaitan minyak sawit.

Perkara tersebut disahkan oleh Anggota Majlis Persekutuan Switzerland, Johann Schneider-Ammann, sebaik sahaja Dialog Meja Bulat Minyak Sawit Malaysia di Bern berakhir dengan kedua-dua negara mencapai kata sepakat.

Khabar gembira ini pastinya sesuatu yang dinanti-nantikan pengusaha industri sawit di dalam sektor perladangan memandangkan jawatankuasa pakar khas itu nanti akan bertindak menerokai peluang berkaitan minyak sawit ke arah perdagangan dua hala, kelestarian, pertukaran teknologi saintifik dan aplikasi hiliran industri minyak sawit.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.