Parkview Cafe di KLCC tawar pengalaman santapan dengan pemandangan memukau

Bayangkan diri anda menikmati hidangan yang menggamit selera, dikelilingi keindahan alam semula jadi dan berlatarbelakangkan Menara Berkembar Petronas. Sama ada untuk menganjurkan majlis korporat atau menikmati makan tengah hari bersama rakan-rakan, Parkview Cafe di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) menawarkan pengalaman menjamu selera yang menakjubkan.

Dilancarkan sebagai ruang makan dan ruang acara serba boleh, Parkview Cafe menampilkan pemandangan latar langit Kuala Lumpur yang menakjubkan dan kehijauan Taman KLCC seluas 50 ekar untuk suasana yang sempurna untuk setiap majlis.

Terletak di Aras 1 Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, kafe ini menawarkan makanan tempatan yang menyelerakan dan menampilkan salah satu pemandangan bandar paling indah di seluruh dunia.

“Apabila kami memperkenalkan Parkview Cafe, matlamat kami adalah untuk mencipta lebih daripada sekadar tempat makan,” kata John Burke, Pengurus Besar Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

“Sama ada untuk menikmati kopi bersama rakan-rakan atau untuk menganjurkan acara berlatarbelakangkan pemandangan yang memukau, Parkview Cafe ialah ruang yang direka bentuk untuk memberi inspirasi. Ia merupakan tempat yang sempurna untuk memupuk hubungan antara satu sama lain dan juga untuk mencipta detik-detik istimewa.”

Dengan kapasiti yang boleh memuatkan seramai 120 orang untuk menjamu selera di kafe dan 70 orang untuk penganjuran pelbagai acara, Parkview CafE menawarkan persekitaran mesra yang memenuhi setiap keperluan.

Sebagai ruang untuk beristirahat, makan tengah hari bersama rakan-rakan atau ruang elegan untuk meraikan sesuatu yang istimewa, kafe ini boleh dijadikan pilihan utama anda. Dengan susun atur ruang yang fleksibel dan perkhidmatan yang luar biasa, ia menjadi tempat yang sempurna untuk acara korporat, sosial ataupun eksklusif.

-NIAGATIMES

Parkview-Cafe.jpg