Pekerja p-hailing dapat manfaat TEKUN Mobilepreneur

0
26

Golongan pekerja yang terlibat dalam operasi syarikat perkhidmatan penghantaran makanan, minuman dan bungkusan menggunakan motosikal (p-hailing) bakal menerima manfaat daripada program pembiayaan TEKUN Mobilepreneur yang dikelolakan oleh Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional).

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, TEKUN telah menawarkan pembiayaan khas sehingga RM2,000 untuk modal pusingan dan baik pulih motosikal yang telah dilaksanakan sejak April 2020 sehingga kini melalui pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 1.0.

“Program ini diperuntukan untuk 500 pemohon terawal di mana seramai 211 pemohon dengan nilai RM394,000 yang telah diluluskan permohonan sehingga 23 Jun 2020.

“Tawaran ini dibuka kepada semua penunggang berdaftar melalui syarikat p-hailing seperti Grab, Foodpanda, Bungkusit, Lalamove, MyMakan, Zeptoekpress dan Mrspeedy,” katanya dalam satu kenyataan, kelmarin.

Tambah Wan Junaidi, TEKUN juga akan melancarkan Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 2.0 yang meliputi pembiayaan maksima sehingga RM10,000 bagi pembelian motosikal baru dan modal pusingan di mana pemohon turut perlu berdaftar dengan syarikat p-hailing dan melepasi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

“Program yang akan dilancarkan pada 7 Julai 2020 ini adalah salah satu daripada usaha kerajaan dengan menggunakan dana Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

“Namun, peruntukan awal sebanyak RM1 juta telah disediakan bagi 100 pemohon awal. Tambahan 400 pemohon dengan peruntukan sebanyak RM 4 juta akan dimaklumkan,” ujarnya.

TEKUN-Delivery-Foto-NiagaTimes-scaled.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.