Sektor perkilangan muncul sebagai juara, mencatatkan margin yang besar dengan pelaburan yang diluluskan berjumlah RM87.4 bilion pada 2018, peningkatan yang ketara iaitu 37.2 peratus lebih tinggi, berbanding RM63.7 bilion pada tahun 2017.

Manakala, sektor perkhidmatan dan utama mencatatkan pelaburan masing-masing sebanyak RM103.4 bilion dan RM10.9 bilion pada 2018.

“Malaysia dijangka memanfaatkan trend peningkatan pelaburan swasta yang disokong oleh sentimen positif susulan daripada dasar sokongan dan arah ekonomi yang jelas oleh kerajaan baru. Ini dibuktikan dalam jumlah pelaburan yang diluluskan dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan utama, yang telah meningkat dari RM200.6 bilion pada 2017 kepada RM201.7 bilion pada 2018.

“Dari segi pecahan, pelaburan yang diluluskan untuk tempoh Januari hingga Jun 2018 bernilai RM86.1 bilion, sementara sejumlah RM115.6 bilion pelaburan diluluskan untuk tempoh Julai hingga Disember 2018,” kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Darell Leiking, pada sidang media tahunan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) 2019 bagi mengumumkan prestasi pelaburan Malaysia, baru-baru ini.

Darell Leiking.JPG