Peluang untuk meneroka teknologi tinggi terkini dari United Kingdom (UK) mahu dimanfaatkan Malaysia dengan menarik lebih ramai pelabur negara berkenaan untuk menyumbang kepada inovasi baharu bidang berkenaan yang semakin pesat membangun ketika ini.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, faktor teknologi maju dari UK bukan sahaja berupaya memperkasakan kerja-kerja dalam bidang sumber manusia malah membantu menaikkan potensi perniagaan dengan lebih produktif.

“Malaysia mula menerima pelaburan langsung asing dan kita memperoleh banyak teknologi asing. Pastinya pada masa kini kita giat melaksanakan teknologi maklumat dan mahu memanfaatkan perniagaan dan kaedah baharu dalam usaha memajukan negara dengan lebih pesat sebaik mungkin,” katanya sewaktu berucap pada pembukaan mesyuarat meja bulat dengan komuniti perniagaan Britain anjuran Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) di Hyatt Regency London The Churchill, semalam.

Tambah Mahathir, Malaysia kini boleh dianggap sebagai negara mesra perniagaan yang bersedia memperhalusi dasarnya untuk memenuhi keperluan pelabur kerana perniagaan mewujudkan peluang pekerjaan dan kekayaan kepada negara.

Mesyuarat-meja-bulat-komuniti-perniagaan-Britain-Kredit-foto-FB-Dr-Mahathir-bin-Mohamad.jpg