Pelan pembukaan baharu Hainan tarik minat pelabur global

0
16

Pelan induk China untuk pelabuhan perdagangan bebas Hainan, yang dikeluarkan pada 1 Jun baru-baru ini telah meningkatkan daya tarikan bagi wilayah kepulauan selatan itu kepada pelabur global.

Talian penting perkhidmatan pelaburan global itu, yang diwujudkan oleh Biro Pembangunan Ekonomi Antarabangsa Hainan, telah menjadi lebih rancak sepanjang minggu lalu.

“Kami menerima lebih dari 200 panggilan sehari,” kata Lei Ting, ketua bagi bahagian maklumat dan perhubungan media biro itu.

Lei berkata bahawa panggilan itu datang dari lebih 20 buah negara dan wilayah, termasuk Amerika Syarikat dan Britain, yang memperlihatkan rundingan mereka banyak berkaitan pelaburan di dalam teknologi tinggi, penjagaan perubatan dan kesihatan, perdagangan import dan eksport serta pelancongan di wilayah itu.

Sementara itu, Pengarah kepada biro tersebut, Han Shengjian berkata bahawa tumpuan bagi dasar baharu itu pada liberalisasi dan kemudahan perdagangan dan pelaburan, serta aliran bebas dana dan kakitangan merentas sempadan, adalah cukup menarik kepada perusahaan yang dibiayai oleh pihak asing.

Manakala Gabenor bagi Hainan, Shen Xiaoming pula menjelaskan bahawa Hainan memberi perhatian khusus kepada mewujudkan sebuah persekitaran perniagaan yang terbuka, telus dan dapat diramalkan.

“Kerajaan itu juga harus menghormati perusahaan, usahawan dan membiarkan mereka untuk menjadi hakim muktamad bagi persekitaran perniagaan tempatan,” kata Shen pada satu sidang media yang diadakan di Beijing.

Setiausaha Parti bagi Hainan, Liu Cigui menghulurkan jemputan mesra kepada syarikat-syarikat dan bakat-bakat global pada acara yang sama.

“Pelabur dan bakat dari seluruh pelusuk dunia adalah dialu-alukan untuk melabur di Hainan, mengambil bahagian di dalam pembinaan pelabuhan perdagangan bebas Hainan, dan berkongsi peluang-peluang pembangunan China dan hasil daripada pembaharuan dan pembukaan China,” kata Liu.

Hainan-FTP-Kredit-foto-This-is-Hainan.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.