Pelantikan PM ke-10 dorong peningkatan mata wang Ringgit

Mata wang Ringgit dilaporkan mencapai paras tertingginya dalam tempoh dua bulan berbanding Dolar Amerika Syarikat (AS) dengan peningkatan 1.8 peratus sebaik sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 Malaysia.

Pelantikan tersebut yang secara tidak langsung meredakan ketidakpastian politik negara menyaksikan ringgit naik 815 mata peratusan kepada 4.4910/5000 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.5725/5775 pada Rabu.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes, dalam kenyataannya kepada Bernama, berkata ringgit mencatatkan peningkatan paling tinggi dalam kalangan mata wang Asia semalam, manakala petunjuk pasaran Bursa Malaysia melantun semula 4.04 peratus apabila ketidakpastian politik mereda.

“Ini akan diterima sebagai berita baik bagi pembeli aset Malaysia daripada pelabur tempatan dan juga antarabangsa, justeru ringgit melonjak lebih tinggi susulan berita itu apabila para peniaga menjangkakan lebih banyak aliran masuk ekuiti dan bon asing.

“Saya menjangka pengeksport terus menjual pegangan dolar AS menuju ke penghujung tahun,” katanya.

Pada masa yang sama, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

-NIAGATIMES

malaysian-ringgit-banknotes-background-financial-concept_63313-2269.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.