Peluang tanpa sempadan untuk perkembangan bisnes Malaysia di Petal Ads Summit 2023

Peluang tanpa sempadan untuk mengembangkan bisnes dan industri tempatan demi melonjakkan pasaran di Malaysia diketengahkan secara utuh oleh organisasi-organisasi terkemuka seperti Tourism Malaysia, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan banyak lagi sepanjang berlangsungnya Petal Ads Summit 2023, yang bertemakan ‘Go Beyond, Go Borderless’.

Sidang kemuncak tersebut yang menyerlahkan landskap pengiklanan mudah alih terkini, dianjurkan oleh Huawei Malaysia dan Malaysian Digital Association (MDA), yang duanya mempunyai visi yang sama untuk membina ekosistem yang lebih bagus untuk perusahaan-perusahaan tempatan.

Petal Ads, yang sebelum ini dikenali sebagai HUAWEI Ads merupakan platform pengiklanan telefon pintar, telah menjemput jenama terkemuka Malaysia, rakan kongsi, pakar utama dan syarikat-syarikat gergasi untuk berkongsi dan membincangkan idea masing-masing dan juga cabaran dalam ekonomi semasa.

Peluang yang Petal Ads berikan untuk mempercepat dan mempertingkatkan usaha semua jenama melalui data pihak utama dalam dunia pengiklanan mudah alih yang pertama juga telah diserlahkan dalam sektor-sektor seperti Pelancongan dan Pengangkutan, Kewangan, E-dagang dan banyak lagi kepada khalayak sasaran dari serata dunia.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia, Iskandar Mirza telah berkongsi bahawa sidang kemuncak ini tiba pada waktu yang tepat, apalagi dalam memperkenalkan peluang-peluang digital kepada bisnes tempatan untuk mengukuhkan pengenalan jenama di antara para pelawat dari luar negara.

Susulan pembukaan semula sempadan antarabangsa pada tahun lalu, Malaysia berusaha untuk mencapai kedatangan 16.1 juta pelancong pada tahun ini yang akan menjana kemasukan dana pelancongan sebanyak RM49.2 bilion, apalagi dengan pembukaan sempadan dari negara China.

“Semasa kita Go Beyond, Go Borderless, adalah satu kemestian untuk memanfaatkan kuasa kepentingan dunia digital dalam mengembangkan sektor pelancongan. Malaysia telah mencatat penilaian yang memberangsangkan pada tahun 2022, ini menunjukkan ianya akan meningkat lebih tinggi lagi pada tahun 2023 dan tahun-tahun berikutnya,” katanya.

-NIAGATIMES

IMAGE-1.png

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.