Pemain OTT terkemuka di Asia Tenggara mengumumkan sokongan untuk Unified ID 2.0

Peneraju pengiklanan global, The Trade Desk, baru-baru ini mengumumkan bahawa inisiatif Unified ID 2.0 telah berkembang ke pasaran Asia Tenggara ketika pemain ‘over-the-top’ (OTT) terkemuka mengumumkan sokongan mereka.

Dibangunkan di peringkat awal oleh The Trade Desk, Unified ID 2.0 adalah sebuah pengecam baharu yang mengutamakan privasi yang dibina daripada alamat e-mel yang dicincang dan disulitkan.

Direka bentuk daripada perspektif pengguna, Unified ID 2.0 adalah satu pendekatan baharu ke seluruh industri terhadap identiti internet yang bertujuan untuk mengekalkan nilai bagi pengiklanan yang berkaitan, dan pada masa yang sama meletakkan kawalan untuk pengguna dan privasi di barisan hadapan.

Pemain OTT terkemuka di Asia Tenggara telah mengutamakan penggunaan Unified ID 2.0 untuk mengekalkan aliran bebas bagi kandungan sebagai pertukaran untuk pengiklanan yang berkaitan termasuk platform OTT serantau iQiyi, TrueID, WeTV/iflix; FPT Play dan VTV Giai Tri (VTVE) di Vietnam; dan platform OTT tempatan terbesar di Indonesia, Vidio.

Unified ID 2.0 memberi kuasa kepada penerbit untuk menukar maklumat yang berkaitan pada data pihak pertama mereka dan membolehkan pengiklan untuk mengoptimumkan data pelanggan pihak pertama mereka dan mengukur pelaburan media mereka tanpa kuki pihak ketiga.

Unified ID 2.0 telah pun memperoleh penggunaan meluas merentasi industri media di seluruh dunia, termasuk daripada syarikat data dan syarikat pemegang pengiklanan utama.

Ia juga melihat momentum dengan penerbit dengan menyediakan satu peluang kepada mereka untuk membuktikan lagi pertukaran nilai bagi internet terbuka.

“Kerjasama di sekitar Unified ID 2.0 membolehkan penerbit digital untuk mengambil bahagian di dalam inisiatif di seluruh industri ini bagi merintis satu pendekatan baharu kepada identiti.

“Kami amat teruja untuk melihat momentum daripada pemain OTT di rantau Asia Tenggara,” kata Pengarah Kanan Utama, Perkongsian Inventori The Trade Desk, Bihao Pan.

-NIAGATIMES

The-Trade-Desk.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.