Pembayaran Geran Khas Prihatin 2.0 PKS mikro esok

Geran Khas Prihatin (GKP) yang diperkenalkan kerajaan bagi membantu golongan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro terjejas pandemik Covid-19 yang kini berada di fasa kedua akan diagihkan manfaatnya mulai esok, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata, permohonan untuk GKP 2.0 telah selesai diverifikasi bagi memastikan PKS mikro yang benar-benar layak sahaja menerima bantuan kewangan berjumlah RM3,000 secara sekali bayar ini.

“Susulan proses permohonan rayuan berkenaan, sukacita dimaklumkan bahawa hampir 52,000 PKS mikro diluluskan menerima Rayuan GKP 2.0 dengan peruntukan sebanyak RM155 juta.

“Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan Rayuan GKP 2.0 pada 5 Februari 2021 (esok) dan semakan status kelulusan boleh dibuat mulai 4 Februari 2021 (hari ini) melalui portal GKP, iaitu gkp.hasil.gov.my,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas Tengku Zafrul, kerajaan berharap agar bantuan langsung yang disalurkan kepada PKS mikro ini akan meringankan beban mereka, terutamanya PKS mikro yang amat terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau PKP Bersyarat (PKPB).

“Mengambil kira GKP 1.0 dan GKP 2.0 termasuk rayuan yang diluluskan, jumlah keseluruhan penerima GKP adalah hampir 900,000 PKS mikro dengan jumlah bantuan kewangan sebanyak RM2.7 bilion,” ujarnya.

-NIAGATIMES

GKP-2.0-Kredit-foto-Tengku-Zafrul.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.