Pemimpin-pemimpin syarikat korporat APAC gesa kerajaan tubuhkan pakatan tenaga bersih

BayWa r.e., pembangun tenaga boleh diperbaharui global, pengeluar tenaga bebas, penyedia perkhidmatan dan pengedar solar, hari ini menerbitkan Laporan Tenaga Asia Pasifik (APAC), bertajuk ‘Asia’s Climate Goals at Risk, – the Urgent Need for Greater Accord’.

Walaupun laporan itu menunjukkan sorotan kemajuan yang amat baik telah dicapai dalam peralihan tenaga boleh diperbaharui, namun rantau APAC telah mencapai tahap yang kritikal. Ketidaktentuan dan tekanan di rantau ini, seperti implikasi perang Russia-Ukraine, kekurangan sokongan daripada kerajaan dan turun naik harga tenaga serta kadar faedah memberikan risiko serius terhadap tahap perubahan dan sasaran iklim.

Kecewa dengan dasar kerajaan yang tidak konsisten, syarikat-syarikat telah mengambil usaha dan menggesa kerjasama antara syarikat untuk mendorong matlamat kelesetarian.

Kaji selidik ini adalah laporan pertama BayWa r.e. bagi rantau APAC. Ia dijalankan oleh Kantar, syarikat peneraju utama dunia bagi data, pandangan dan perundingan serta pembuat keputusan tenaga yang dikaji di Australia, Indonesia, Jepun, Malaysia, Singapura, Korea Selatan, Thailand, Filipina, dan Vietnam.

“Ketegangan geopolitik, kenaikan kos, dan inflasi terus menjadi kuasa rintangan yang signifikan bagi peralihan tenaga di rantau Asia Pasifik. Cabaran- cabaran ini akan terus wujud dan adalah penting bagi korporat dan kerajaan untuk bekerjasama untuk menanganinya.

“Laporan Tenaga APAC menunjukkan bahawa pemimpin korporat terdorong untuk mengumpulkan rakan sejawat serta pesaing dan menggesa supaya lebih banyak kerjasama awam-swasta dijalin bagi memenuhi matlamat sifar bersih global. Kami berharap dengan gesaan segera untuk bertindak ini, kemajuan besar boleh dilihat dalam penggunaan tenaga hijau di rantau APAC,” kata Pengurus Besar (APAC) BayWa r.e. Energy Solutions, Niranpal Singh.

Penemuan Penting

Pelaksanaan dasar pembaharuan tenaga yang perlahan oleh kerajaan dan persekitaran yang sukar diramal dalam pasaran tempatan disenaraikan sebagai tiga halangan utama dinyatakan oleh responden, masing-masing pada 36% and 33%.

Sebagai contoh, 59% responden di Asia Tenggara percaya bahawa, berbanding dengan usaha ke arah kelestarian, kerajaan-kerajaan di rantau ini sebaliknya akan meningkatkan sokongan terhadap tenaga berasaskan bahan api fosil dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

Manakala bagi syarikat- syarikat di Oceania dan Asia Timur, 47% percaya bahawa sokongan kerajaan terhadap tenaga berasaskan bahan api fosil akan kekal tidak stabil dalam dua hingga tiga tahun akan datang. Bagi membantu peralihan ke arah tenaga hijau, 42 peratus syarikat syarikat APAC percaya bahawa tarif kerajaan ke atas tenaga perang (brown energy) akan menyokong usaha organisasi mereka ke arah tenaga boleh diperbaharui.

Walaupun prospek peralihan tenaga boleh diperbaharui adalah salah satu daripada cabaran dan halangan untuk diatasi, korporat-korporat APAC memperakui bahawa ada keperluan segera untuk melakukan perubahan. Hampir separuh daripada syarikat- syarikat yang dikaji telah menjadikan peralihan tenaga satu keutamaan, dengan 48% syarikat-syarikat APAC menyasar untuk meningkatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui lebih daripada 40% sepanjang dekad ini. Dalam kalangan syarikat-syarikat ini, 79% menyasar untuk mencapainya dalam tempoh lima tahun akan datang, memberikan sebab untuk berasa yakin.

Syarikat-syarikat yang dikaji selidik juga melihat nilai untuk beralih ke arah pilihan tenaga lebih bersih, dengan 54 peratus merumuskan bahawa tenaga boleh diperbaharui akan memberikan imej lebih baik kepada syarikat.

Separuh daripada responden yang dikaji juga bersetuju bahawa menggunakan tenaga boleh diperbaharui akan memberikan sedikit kelebihan dari segi perniagaan, dan 42 peratus lagi bersetuju bahawa tenaga hijau akan memberikan mereka kelebihan dari segi pengambilan dan pengekalan bakat pada ketika solar atas bumbung komersial berskala besar menjadi lebih murah berbanding tenaga yang disubsidi di Asia Tenggara.

Mempercepatkan Peralihan

Pemimpin-pemimpin syarikat korporat yang dikaji selidik dalam laporan ini memperakui terdapat keperluan lebih besar kerjasama dengan rakan dan pesaing untuk mempercepatkan peralihan tenaga bersih. Dua pertiga (68%) syarikat yang menerajui usaha ke arah tenaga boleh diperbaharui amat bersetuju bahawa syarikat-syarikat perlu membentuk pakatan dan bekerjasama untuk mencapai matlamat kelestarian.

Jumlah responden yang sama turut menunjukkan sokongan supaya negara-negara di APAC bekerjasama untuk menyediakan tenaga boleh diperbaharui.

Laporan itu merumuskan bahawa dekad akan datang akan menjadi kritikal dalam usaha rantau ini ke arah peralihan tenaganya tetapi akan menjadi lebih mencabar disebabkan oleh pelbagai isu seperti geopolitik, konflik antarabangsa, kenaikan kos sara hidup dan inflasi, malah krisis iklim menjadi semakin buruk.

Peralihan daripada tenaga tradisional kini adalah kritikal dan mesti terjadi pada tahap yang lebih pantas. Pembuat keputusan korporat mesti menjadi peneraju dalam menjana perubahan dalam APAC dan beganding bahu, sambil bekerjasama dan memberikan tekanan terhadap kerajaan, untuk mempercepatkan proses ini dan meningkatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui dengan pantas.

Laporan oleh BayWa r.e. dan Kantar dijalankan pada penghujung tahun 2022. Seramai 346 pembuat keputusan tenaga di organisasi-organisasi yang mempunyai 100 atau lebih pekerja di Australia, Indonesia, Jepun, Malaysia, Singapura, Korea Selatan, Thailand, Filipina, dan Vietnam diselidik bagi kajian ini.

Laporan ini merupakan sebahagian daripada beberapa siri laporan tenaga yang diterbitkan oleh BayWa r.e. Laporan terakhir menumpukan kepada pembeli dan pembuat keputusan tenaga korporat U.S pada 2021.

-NIAGATIMES

economy-stocks.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.