Pemimpin perniagaan Jerman yakin perkembangan ekonomi Malaysia

0
10

Kajian oleh German Chambers ASEAN Business Council (GCABC) mendedahkan keyakinan yang tinggi dalam kalangan pemimpin perniagaan dari Jerman bagi ekonomi yang lebih baik di bawah kerajaan ‘Malaysia Baharu’.

GCABC, terdiri daripada tujuh Dewan Perniagaan dan Industri Jerman di rantau ASEAN, iaitu di Indonesia, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam, telah menjalankan kajian menggunakan saiz sampel berdasarkan rangkaian luas Jerman sebanyak 2,600 syarikat anggota di tujuh negara di Asia Tenggara.

Bagi Malaysia, daripada syarikat yang dikaji, sebanyak 33 peratus menjangka menyaksikan pelaburan mereka meningkat dengan ketara di Malaysia.

Daniel Bernbeck, Ketua Pegawai Eksekutif Dewan Perniagaan dan Industri Malaysia-Jerman (MGCC), berkata ekonomi Jerman kebanyakannya terdiri daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Kebanyakan daripada syarikat ini milik keluarga dan memerlukan rangka kerja dan keadaan yang stabil, dipercayai dan dapat dijangka.

“Ini sebabnya, selama beberapa tahun persoalan mengenai faktor politik dan ekonomi serta kestabilan politik dan undang-undang di pasaran tertentu sentiasa menjadi sentimen paling penting untuk komuniti perniagaan,” katanya. – BERNAMA

Jerman-Malaysia-Gambar-hiasan.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.