Peneraju RPA , AI Global Automation Anywhere dan VSTECS meterai perjanjian pengedaran ASEAN

Automation Anywhere®, peneraju bagi Pengautomatan Proses Robotik (RPA), mengumumkan pelantikan VSTECS (Singapore) Pte Ltd., penyedia utama bagi produk dan perkhidmatan ICT, sebagai pengedar sah baharunya untuk platform Tenaga Kerja Digital pintar miliknya.

Penyelesaian RPA yang utama industri Automation Anywhere menyediakan nilai tiada tandingan untuk syarikat-syarikat dan jabatan-jabatan kerajaan. Ia membolehkan organisasi-organisasi untuk mengautomasi sebahagian daripada proses perniagaan atau seluruh proses yang mana, pada masa lalu, diurus oleh manusia.

RPA kini membebaskan pekerja-pekerja pejabat melakukan kerja yang uniknya hanya boleh dilakukan oleh manusia sahaja, manakala ‘bot’ mengautomasi proses-proses yang lebih berulang-ulang.

“Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan pengedar utama seperti VSTECS bagi membantu memacu peluasan kami di Singapura dan Indonesia,” kata Adrian Jones, Naib Presiden Eksekutif Asia Pasifik dan Jepun, Automation Anywhere.

“Penyelesaian kami akan diedarkan melalui jaringan luas penjual semula ECS, meningkatkan kelajuan yang membolehkan syarikat-syarikat menjalankan proses pengautomatan di ASEAN. Hubungan ini merupakan satu pencapaian penting dalam pembangunan kedua-dua organisasi dan memperlihatkan titik penting dalam industri RPA yang pantas berkembang.”

“Transformasi digital menjadi tumpuan utama syarikat-syarikat hari ini dankami menyaksikan pertumbuhan pesat RPA di Asia, serta sokongan kuat dari rakan-rakan kongsi kami,” kata Sebastian Chong, Presiden, VSTECS (Singapore) Pte Ltd. dan PT ECS Indo Jaya.

“Perjanjian ini dengan Automation Anywhere, yang jelas merupakan penyedia utama dalam bidang ini, melengkapi kepakaran kami sendiri dan menambah nilai pasaran di Singapura dan Indonesia.”

VSTECS turut serta dalam jaringan rakan kongsi mantap Automation Anywhere yang jumlahnya melebihi 250 rakan kongsi di seluruh dunia. – PR NEWSWIRE

ai global asean.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.