Penggubalan pelan khas usahawan siap Jun 2019

Kementerian Pembangunan Luar Bandar sedang merangka sebuah pelan khas yang lengkap dan menyeluruh dengan sasaran perlaksanaan melibatkan golongan usahawan khususnya di luar bandar.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun berkata, sesi perbincangan mengenai pelan khas yang dikenali sebagai ‘Road Map Usahawan’ tersebut telah berada di peringkat penggubalan dan dijangka siap selewat-lewatnya Jun ini.

“Pelan atau ‘Road Map Usahawan’ itu antara lain memberi tumpuan kepada bidang keusahawanan yang juga antara salah satu teras dalam Pelan Harapan Pembangunan Luar Bandar 2018-2023.

“Ia bukan saja dapat membantu golongan usahawan, malah pada masa sama mengurangkan jurang pendapatan antara golongan kaya dan miskin serta penduduk di kawasan bandar dan luar bandar,” katanya selepas menghadiri program Dialog Bersama Usahawan Wanita Malaysia di Hotel Primiera Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Rina Harun @ Dialog Bersama Usahawan Wanita Malaysia.png

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.