Penglibatan lebih banyak PKS mampu lonjak PROTEGE

Program ‘Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs’ (PROTEGE) yang diperkenalkan Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) dipercayai boleh dipertingkatkan kualitinya melalui penglibatan lebih banyak syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Ketua Setiausaha MED, Datuk Wan Suraya Mohd Radzi berkata, galakan kepada PKS untuk menyertai PROTEGE sedang dipergiatkan kerana ia berupaya melengkapi keperluan peserta-peserta program tersebut dari aspek kekosongan serta kebolehpasaran kerja.

“Mungkin jumlah PKS yang menyertai PROTEGE tidaklah sebanyak syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Tetapi, adalah lebih penting untuk semua pihak bekerjasama dalam membangunkan industri tempatan,” katanya pada Majlis Penutup PROTEGE bersama Duopharma Biotech Berhad di Hotel Marriott Putrajaya, baru-baru ini.

Tambah Wan Suraya, sehingga kini dianggarkan seramai 2,300 pelatih telah terlibat dalam PROTEGE dengan sasaran jumlah keseluruhan penyertaan daripada GLC pula kira-kira 9,000 peserta.

Wan Suraya (Kredit foto MED).jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.