Penjana Komuniti@SME Bank lonjak usahawan mikro B40

SME Bank telah memulakan Program Penjana Komuniti@SME Bank yang merupakan satu program tanggungjawab korporat dan inisiatif di bawah Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) bertujuan merangsang kegiatan ekonomi yang terjejas di kalangan usahawan mikro B40 akibat penularan Covid-19.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, program tersebut adalah selaras dengan usaha berterusan MEDAC untuk memperkasakan keupayaan dan kemahiran usahawan mikro dalam menjalankan perniagaan mereka.

“Program ini juga merupakan salah satu daripada 27 program dan dasar baharu di bawah Pemacu yang diusahakan oleh MEDAC.

“Pemacu merupakan satu inisiatif yang menghubungkan fungsi semua agensi di bawah MEDAC agar pemantauan dapat dilaksanakan dengan efisien dan kolaborasi kapasiti dan kompetensi dapat dimaksimumkan,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tambah Wan Junaidi, MEDAC telah mengambil keputusan untuk mengembangkan Penjana Komuniti@SME Bank ke seluruh negara pada tahun hadapan dan meningkatkan jumlah peserta kepada 150 usahawan B40 daripada pelbagai latar belakang.

“Inisiatif ini adalah salah satu daripada usaha kerajaan dalam memperkasa golongan B40 agar mereka dapat terus berdaya maju terutamanya sewaktu krisis Covid-19 ini melanda,” ujarnya.

-NIAGATIMES

Wan-Junaidi.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.