Pemerhatian data bagi pasca kempen 3.15 Hari Pelanggan Shopee mendedahkan bahawa bilangan perniagaan luar bandar dan komuniti Malaysia yang mengambil bahagian sebagai penjual Shopee Marketplace telah meningkat 7.5 kali ganda sejak bulan Januari 2020 hingga kini.
Selain memacu penglibatan mereka dalam ekonomi digital menerusi tahap pemahaman e-dagang yang lebih tinggi, penyertaan dalam modul peningkatan kemahiran yang ditawarkan percuma oleh Shopee University meningkat 49 kali ganda dalam tempoh ini.
Shopee berkata, majoriti daripada penjual tempatan baharu ini telah mengembangkan perniagaan mereka sebanyak lebih daripada 150 peratus, ekoran peningkatan liputan gudang dan rantaian bekalan.
โKini, terdapat lebih dua juta penjual yang mempunyai tag Penjual Tempatan atau โLocal Sellerโ di pasaran Shopee, yang menawarkan pelbagai jenis produk tulen Buatan Malaysia kepada pengguna.
โPara penjual tempatan ini menggunakan alat-alat Shopee yang paling popular yang menggalakkan penglibatan seperti Shopee Live, Shopee Feed, dan live chat bagi mencipta pengalaman membeli-belah baharu, menarik dan unik untuk pengguna Malaysia,โ katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi di Shopee, Terence Pang berkata, pihaknya diberi galakan oleh keahlian penjual di platform mereka dan berbesar hati menjadi sebahagian daripada perjalanan usahawan dalam mengembangkan perniagaan bagi mencapai pertumbuhan yang mampan.
โKetika penjual Malaysia memanfaatkan kempen jualan mega yang bersifat setempat seperti 3.15 Hari Pelanggan serta kekal bersama pelanggan melalui pengalaman membeli-belah yang menyeluruh dan peribadi, mereka dapat mengambil bahagian dan menyumbang kepada ekonomi secara inklusif,โ ujarnya.
-NIAGATIMES