Penta Security lancar dompet aset digital untuk keperluan perusahaan

Penta Security Systems Inc. hari ini mengumumkan pelancaran Pallet X, dompet mata wang kripto termaju yang disesuaikan untuk perusahaan aset digital seperti bursa mata wang kripto dan penyedia perkhidmatan pembayaran yang memerlukan pengurusan dompet yang selamat, berkesan dan praktikal.

Dicipta oleh pakar-pakar keselamatan IT yang terkemuka di Korea dengan lebih 20 tahun pengalaman profesional dalam kriptografi, Pallet X disediakan sebagai alat perkakasan jenis pelayan yang menyediakan storan panas yang andal dengan pilihan penyepaduan dompet sejuk.

Pallet X ialah dompet berbilang tandatangan yang memerlukan lebih daripada satu tandatangan untuk pengesahan urus niaga. Kawalan akses teragih penting untuk memaksimumkan kecekapan sistematik dalam mengurus aset perusahaan, di samping menyediakan perlindungan berkesan terhadap percubaan menggodam dan pihak dalam yang menipu.

Ketua Pegawai Strategi, DS Kim berkata, “Dengan syarikat-syarikat gergasi IT global mempercepatkan penerimaan rantaian blok, kami menjangkakan peningkatan permintaan terhadap penyelesaian keselamatan yang bersedia untuk perusahaan.

“Sebagai peneraju yang diiktiraf dalam penyulitan dan selaku vendor keselamatan siber yang utama di Asia, kami menerima momentum ini dengan melancarkan platform keselamatan dompet kami yang menonjol kerana menyediakan keselamatan menyeluruh dalam seluruh persekitaran operasi, bermula dengan pelanggan kepada pelayan.” – PR NEWSWIRE

Aset digital.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.