Perkenal terbitan hak, BRI bakal bina ekosistem ultra-mikro terbesar di Indonesia

PT Bank Rakyat Indonesia (Persero) telah melancarkan terbitan hak pada 31 Ogos lalu dengan sasaran transaksi hingga IDR 96 trilion.

Hasil perolehan daripada Terbitan Hak akan digunakan untuk menubuhkan syarikat induk ultra-mikro yang melaluinya BRI akan memegang 99.99 peratus daripada modal terbitan dan modal berbayar dalam PT Pegadaian (Persero) dan PT Permodalan Nasional Madani (Persero).

Berkaitan dengan Terbitan Hak, BRI menawarkan maksimum 28.2 bilion saham Siri B. Tempoh perdagangan Hak adalah dari 13 hingga 22 September.

Sepanjang tempoh ini, Pemegang Saham yang layak akan dapat melaksanakan Hak mereka. Saham Hak akan diperuntukkan atau diberikan kepada Pemegang Saham yang layak dari 15 hingga 24 September.

Pengarah Presiden BRI, Sunarso berkata, kira-kira IDR 54.7 trilion hasil perolehan daripada Terbitan Hak akan digunakan berhubung dengan Kombinasi Perniagaan Ultra Mikro, iaitu daripada langganan Kerajaan Republik Indonesia dalam bentuk sumbangan bukan wang (inbreng) daripada sahamnya dalam Pegadaian dan PNM sebagai bayaran modalnya untuk Hak ini.

Sunarso menambah bahawa hasil perolehan berbaki daripada Terbitan Hak, dalam bentuk wang tunai, akan digunakan untuk modal kerja BRI bagi membangunkan ekosistem ultra-mikro serta perniagaan mikro dan kecil-kecilan.

Kombinasi Perniagaan Ultra Mikro dijangka akan mempercepatkan BRI untuk mencapai visinya untuk menjadi ‘Kumpulan Perbankan Paling Bernilai di Asia Tenggara’ dan ‘Jaguh Keterangkuman Kewangan’.

“Memfokuskan kepada ekosistem ultra-mikro, kami menyasarkan untuk menyediakan pelanggan ultra-mikro dengan kebolehcapaian yang lebih luas kepada institusi kewangan. Ini sejajar dengan visi syarikat kami untuk mengembangkan secara tekal sektor-sektor ultra-mikro dan MSME di Indonesia. Kami ingin menjemput pelabur-pelabur untuk memanfaatkan peluang ini dan mengambil bahagian dalam transformasi ekosistem ultra-mikro yang amat besar ini,” kata Sunarso.

-PR NEWSWIRE

sidang-media-ultra-mikro.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.