PERSIDANGAN DAN ANUGERAH ANTARABANGSA ‘MADE FOR THE WORLD’

Fenomena wabak pandemik Covid-19 yang melanda di seluruh dunia menyaksikan ekonomi global hampir lumpuh sepenuhnya. Negara-negara yang terjejas terpaksa menghentikan operasi perniagaan sebagai salah satu langkah bagi mengekang penularan penyakit berjangkit tersebut.

Namun, di sebalik kebimbangan tersebut sebenarnya masih wujud ‘wira-wira ekonomi’ yang tidak didendang. Mereka ini giat menjalankan bisnes dan operasi perniagaan yang secara tidak langsung tetap bantu menjana pendapatan negara. Baik secara e-dagang mahupun eksport, produk mereka kekal relevan dan tetap mendapat permintaan tinggi di peringkat lokal dan global.

Atas dasar tersebut, Top 10 of Asia dengan kolaborasi NiagaTimes berbesar hati untuk mengiktiraf syarikat-syarikat yang menyinar ketika tempoh-tempoh sukar ini. Terutamanya syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan antarabangsa (eksport) yang membanggakan Malaysia.

Kriteria utama terbuka kepada syarikat-syarikat gergasi, PKS atau mikro yang:
– Beroperasi secara e-dagang
– Menjalankan perniagaan eksport
– Mempunyai bisnes di luar negara
– Pemula niaga atau ‘start-up’ online juga dialu-alukan

Butiran lebih lanjut dan borang penyertaan akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.