SME Corporation Malaysia (SME Corp) bakal mengadakan Persidangan PKS Masa Depan 2019 yang bertemakan ‘Kejuruteraan Masa Depan’ selama dua hari pada 15 dan 16 Oktober depan bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Persidangan ini kelak akan memberi fokus kepada aspek teknologi bagi menggalakkan usahawan-usahawan untuk lebih cenderung mengaplikasikan penggunaannya ketika Malaysia kini telah melangkah ke era Revolusi Perindustrian Keempat (Industry4WRD).

Seramai 30 penyedia teknologi tempatan dan luar negara, pakar industri dan panel yang berpengalaman dianggarkan bakal hadir untuk berkongsi pandangan dan kepakaran mengenai inovasi, teknologi, strategi dan potensi perniagaan khususnya untuk PKS dalam tempoh lima ke 10 tahun akan datang.

Selain persidangan, pelbagai aktiviti lain seperti pameran mini, sesi bertemu pembeli, ‘technology pitching’ dan sesi ‘networking’ akan turut diadakan khusus untuk mana-mana usahawan yang berminat melaksanakan transformasi perniagaan.

Untuk dapatkan sebarang maklumat lanjut, sila hubungi talian 03-2775 6352 (Amy Sarah Fuad), 03-2775 6207 (Suhailes Shamsuddin) dan layari www.smecorp.gov.my/futureconference. Pendaftaran akan ditutup pada 30 September ini.

Future-SME-Conference-19.jpg