Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) akan memanfaatkan inisiatif kerajaan melalui Pelan Pemulihan Usahawan dan Koperasi dengan peruntukan sebanyak RM452.8 juta yang bakal diagih-agihkan dalam tempoh setahun bermula bulan ini hingga Mei 2021.
Menterinya, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, peruntukan tersebut yang akan dibahagikan berdasarkan dua fasa dijangka memberi manfaat kepada lebih 21,847 penerima merangkumi usahawan mikro, Perusahaan Kecil dan Sederhana, usahawan sosial, pemula niaga dan koperasi.
โPada fasa pertama yang bermula Mei 2020 hingga Disember 2020, sejumlah RM230.1 juta peruntukan diperlukan, di mana RM175.79 juta adalah bagi melaksanakan enam program baharu dan 10 program sedia ada yang akan menggunakan peruntukan sedia ada MEDAC dan agensi-agensi.
โRM54.31 juta peruntukan tambahan juga diperlukan bagi melaksanakan 14 buah program baharu dalam tempoh ini,โ katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Jelas Wan Junaidi, peruntukan pada fasa kedua pula akan disalur pada Januari 2021 hingga Mei 2021.
โRM222.69 juta peruntukan diperlukan pada fasa kedua merangkumi 19 program baharu dan 11 program sedia ada.
โPermohonan peruntukan ini telah dikemukakan oleh MEDAC dan agensi-agensi di bawahnya kepada Unit Perancang Ekonomi melalui permohonan peruntukan di bawah tempoh Rancangan Malaysia Ke12,โ ujarnya.
Wan Junaidi menambah, MEDAC juga sedang bekerjasama dengan Kementerian Kewangan dalam pembangunan Pelan Pemulihan Ekonomi Pasca Covid-19 yang melibatkan strategi serta inisiatif jangka pendek dan sederhana bagi memulihkan usahawan yang terjejas di samping merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.
โPada 8 Mei 2020 MEDAC juga telah mengemukakan cadangan program keusahawanan โPelan Restartโ dengan jumlah peruntukan sebanyak RM261.21 juta.
โInisiatif yang sedang dan bakal dilaksanakan ini adalah sejajar dengan dasar kerajaan bagi memastikan rakyat khususnya golongan usahawan sentiasa mendapat sokongan daripada MEDAC supaya urusan perniagaan mereka dapat beroperasi seperti biasa ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dilaksanakan di seluruh negara,โ katanya.