Peserta program pembangunan usahawan asnaf, B40 SME Bank raih jualan RM5.15 juta

Program pembangunan usahawan asnaf dan B40 SME Bank iaitu Program Penjana Komuniti@SME Bank dan Program ISHRAF telah membuahkan hasil apabila secara keseluruhannya 240 orang peserta dari kedua-dua program ini mencatatkan hasil jualan sebanyak RM5.15 juta.

Kedua-dua program ini juga baru-baru ini telah menerima pengiktirafan peringkat antarabangsa daripada Association of Development Financing Institutions in Asia and the Pacific (ADFIAP) sewaktu mesyuarat tahunan ke-44 yang dianjurkan secara maya pada 28 Oktober 2021.

Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Aria Putera Ismail berkata, pengiktirafan peringkat antarabangsa ini menjadi pendorong bagi pihaknya untuk terus berusaha menganjurkan program yang memberi nilai tambah untuk pembangunan sektor PKS negara terutamanya sewaktu fasa pemulihan ekonomi.

โ€œMelalui program tanggungjawab korporat Program Penjana Komuniti@SME Bank, pihak bank memberi fokus untuk membantu usahawan tidak formal dan mikro yang terdiri daripada golongan orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal dan B40 untuk beralih ke peringkat lebih tinggi dan maju.

โ€œManakala bagi Program ISHRAF, objektif utama ialah memajukan perniagaan golongan asnaf sedia ada dan meningkatkan taraf sosioekonomi daripada golongan penerima zakat ke pengeluar zakat,โ€ katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dengan dana sebanyak RM3.0 juta daripada MEDAC, seramai 220 orang peserta Program Penjana Komuniti@SME Bank telah mengikuti kelas bimbingan pemasaran digital, e-dagang serta penulisan bagi pemasaran dalam talian.

Bagi Program ISHRAF pula, 20 orang peniaga asnaf dan B40 di bawah naungan Lembaga Zakat Selangor telah terpilih untuk mengikuti program pembangunan usahawan berstruktur dan diberi modal kerja untuk meningkatkan prestasi perniagaan masing-masing.

-NIAGATIMES

ARIA-PUTERA.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.