Petronas, Agrobank sedia peruntukan RM100 juta agropreneur mikro

Golongan usahawan mikro yang menjalankan perniagaan berasaskan pertanian dan industri asas tani di negara ini bakal menerima manfaat daripada persetujuan bersama yang disepakati oleh Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) dan Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank) dalam menyediakan peruntukan dana sebanyak RM100 juta kepada mereka yang layak.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, inisiatif tersebut diambil bagi memperkasakan golongan B40 (golongan 40 peratus pendapatan rendah negara) melalui program kemudahan pembiayaan mikro B40 Agrobank yang akan disalurkan untuk tempoh selama lima tahun.

“Memandangkan sektor pertanian dan industri asas tani merupakan pemangkin penting dalam pembangunan negara, kerajaan Malaysia menumpukan kepada pembangunan mampan untuk mengukuhkan kapasiti dan kemahiran komuniti ini terutamanya kumpulan B40 yang sering terlepas pandang.

“Petronas yakin memperkasakan kumpulan sasaran B40 dalam sektor pertanian melalui peningkatan pembiayaan dan kemahiran yang komprehensif di bawah program itu akan menjana usahawan mahir, secara tidak langsung akan memacu pertumbuhan keupayaan sumber manusia, inovasi teknologi dan produktiviti dalam sektor pertanian yang akan terus meningkatkan ekonomi dan pembangunan negara secara keseluruhan,” katanya sewaktu berucap pada Majlis Kerjasama Strategik Petronas dan Agrobank di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.

Kerjasama-Petronas-Agrobank-Kredit-foto-Agrobank.jpg

1 komen

  1. Assalammualaikum.saya ada kilang memproses ubat tradisional yang diiktiraf oleh kkm mal, halal JAKIM dan banyak lagi lesen produk.kami sedang mencari siapa yang boleh berkerja di syarikat kami dan buat marketing untuk produk kami Sb kami sedang mencari siapa yang nak berkerjasama dgn syarikat kami dan.sila hubungi 013-5473365.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.