P&G dan Shopee lancar pengalaman beli-belah rumah maya 360°

Procter & Gamble (P&G) dan Shopee, platform e-dagang di Asia Tenggara dan Taiwan, memulakan secara rasmi Hari Jenama Super Serantau (Regional Super Brand Day) P&G di Shopee dengan pelancaran pengalaman membeli-belah rumah maya yang dipertingkat, baru-baru ini.

Pelancaran ini meneruskan kejayaan kempen Show Me My Home pertama pada tahun 2020 yang menghasilkan peningkatan jualan 20 kali di seluruh rantau ini pada hari kemuncak kempen.

Boleh diakses melalui gedung rasmi P&G di laman sesawang dan aplikasi Shopee, pengalaman membeli-belah rumah maya akan merangkumi titik sentuh berbilang format termasuk video, gamifikasi dan kandungan setempat dalam usaha untuk menjadikan aktiviti membeli-belah rumah dalam talian mudah dan menarik untuk semua.

Pelancaran tersebut merupakan satu lagi pencapaian dalam perkongsian yang lama terjalin antara P&G dan Shopee bagi menyediakan produk berkualiti kepada pengguna menggunakan e-dagang sejak pelancaran Gedung Rasmi pertamanya pada tahun 2017.

Pengalaman membeli-belah yang imersif bertujuan untuk menyediakan perjalanan membeli-belah dalam talian yang interaktif dan dipertingkat kepada pengguna yang mengubah cara mereka meneroka dan menyemak imbas produk, melangkaui halaman produk tradisional.

Pengalaman membeli-belah rumah maya P&G akan menampilkan bilik-bilik maya yang berbeza untuk diterokai oleh pengguna. Berserta pemandangan 360-darjah bilik tersebut, pengguna boleh mengklik pada pelbagai produk P&G untuk mendapat pendidikan produk melalui permainan, video cara-cara, ulasan daripada Pemimpin Pendapat Utama (KOL) dan banyak lagi.

Ciri eksklusif-Shopee diperkenalkan secara progresif merentas enam negara di rantau Asia Tenggara. Bermula dengan Malaysia dan Vietnam pada 10 Julai, ia diperkenalkan secara progresif pada bulan Julai dan Ogos merentas Singapura, Thailand, Filipina dan Indonesia. Elemen-elemen tapak mikro akan disetempatkan untuk setiap negara dengan tujuan untuk berhubung dengan lebih baik bersama pengguna melalui imejan yang dikenali.

-NIAGATIMES

virtual-home-PG-Shopee.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.