Pine Labs lancar platform ‘beli sekarang bayar kemudian’ di Malaysia

Platform perdagangan saudagar terkemuka di Asia, Pine Labs mengumumkan pelancaran bagi penawaran Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) mereka di Malaysia.

Pine Labs dalam kenyataan berkata, pelancarannya di Malaysia akan mempercepatkan lagi penerimaan pembayaran digital di negara ini dan memungkinkan peniaga untuk mencatatkan jualan yang lebih banyak dalam suasana perniagaan yang sukar ketika tempoh pandemik Covid-19.

Menurut Ketua Pegawai Perniagaan Pine Labs, Kush Mehra, pihaknya cukup yakin dengan rancangan pengembangan di sekitar produk Beli Sekarang Bayar Kemudian yang sangat berjaya melalui tumpuan kepada teknologi.

“Ini adalah satu produk yang sangat baik dan satu cadangan sama menang bagi semua pihak yang terlibat termasuk pengguna yang mendapat pilihan pembelian yang berpatutan, peniaga yang mendapat satu cadangan menarik untuk menarik pelanggan kembali ke kedai dan meningkatkan jualan mereka, dan bank dan jenama yang dapat membina kesetiaan jenama mereka,” katanya.

CIMB Bank, AmBank, HSBC Bank, AFFIN BANK, dan RHB Bank adalah bank-bank utama di Malaysia yang sudah berada di platform BNPL Pine Labs.

Beberapa daripada peniaga utama yang akan terlibat dalam pelancaran penyelesaian ini termasuk Senheng, DirectD, Ogawa, Gintell, Herbaline, dan E.S.H. Electrical.

-NIAGATIMES

Pine-Labs.png

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.