Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di negara ini akan meraih manfaat dan tidak terkecuali untuk menerima impak positif daripada Pakej Rangsangan Ekonomi yang akan diumumkan bagi menangani impak penularan koronavirus baharu (Covid-19), kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.
Menurut beliau, pengumuman khas yang akan dibuat oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai perkara tersebut pada 27 Februari ini akan menyentuh langkah membantu PKS yang terjejas, khususnya mereka yang terlibat dalam sektor pelancongan dan pembuatan.
โKita sedang memperhalusi dan mendapat konsultasi pelbagai pihak termasuk Bank Negara Malaysia, institusi kewangan, agensi-agensi perniagaan dan sebagainya untuk mengenal pasti jumlah syarikat yang terlibat dan jenis suntikan yang diperlukan.
โSelain itu, kerajaan juga sedang membincangkan langkah-langkah alternatif yang boleh dilaksanakan seperti memberi pelepasan cukai atau bantuan bagi memastikan tiada pemberhentian pekerja berlaku,โ katanya kepada pemberita selepas merasmikan perjanjian pelaburan strategik antara Commerce DotAsia dan BizApp di Menara Amplewest Kuala Lumpur, semalam.