PKS dan kontraktor boleh mohon pembiayaan SME Bank bermula hari ini

0
28

Golongan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta kontraktor berstatus G2 dan G3 yang berhasrat memohon inisiatif terkini Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) di bawah seliaan SME Bank boleh berbuat demikian bermula hari ini.

Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Aria Putera Ismail berkata, pihaknya mengambil langkah memperkenalkan dua program pembiayaan iaitu Skim SME Go dan program Dana SME Transformasi Teknologi PKS (STTF) bermula 1 Julai bagi melaksanakan mandat serta menyokong inisiatif-inisiatif utama kerajaan membantu melestarikan usahawan PKS ketika pandemik Covid-19.

“Bagi Skim SME Go, ia bertujuan dijadikan pembiayaan modal kerja sewaktu peringkat pra pelaksanaan kontrak pembinaan, pembekalan atau penyelenggaraan yang ditawaran oleh kerajaan pusat atau negeri, kementerian, jabatan atau agensi kerajaan.

“Manakala SSTF pula untuk pembelian peralatan, mesin, perkakasan dan perisian komputer, penyelesaian dan perkhidmatan teknologi maklumat, perkhidmatan sokongan teknologi dan lain-lain aset tidak ketara untuk tujuan meningkatkan kecekapan, produktiviti dan meningkatkan penembusan pasaran,” katanya dalam satu kenyataan.

Maklumat lanjut berkenaan pembiayaan Skim SME Go, STTF dan kemudahan-kemudahan lain yang ditawarkan oleh SME Bank boleh didapatkan di laman web SME Bank iaitu www.smebank.com.my atau hubungi pusat panggilan pelanggan di talian 03-2603 7700.

Aria-Putera-Kredit-foto-SME-Bank.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.