Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) perlu mengguna pakai Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) dan melaksanakan pendigitalan dalam menghadapi pasaran yang mencabar.
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Antarabangsa, Pembangunan Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain berkata PKS memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.
“Kami memerlukan (PKS) yang mempunyai minat untuk menerima perubahan ini dengan melaksanakan Industri 4.0,โ katanya dalam ucapan pada Forum Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PKS 2019 di , kelmarin.
Beliau turut menggesa usahawan di Pulau Pinang untuk memanfaatkan sumber dan insentif yang disediakan oleh kerajaan negeri.
“Kami telah mewujudkan Penasihat Pasaran PKS, Pusat Sumber dan Latihan, dan ramai warga Pulau Pinang mempunyai akses kepada perkhidmatan dan kemudahannya.
โKami juga telah menubuhkan Pusat PKS Pulau Pinang untuk mengembangkan syarikat pemula niaga tempatan dan menyediakan ruang untuk PKS yang tidak mampu memiliki kemudahan mereka sendiri di Taman Perindustrian Bayan Lepas,” katanya.
Pengerusi penganjur Datuk William Ng berkata Forum CEO PKS itu akan diadakan dua tahun sekali mulai tahun ini, di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
-BERNAMA