PKS disaran tingkat usaha bina identiti, perkukuh jenama

0
4

Pengusaha dan pemilik Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) digesa memberi tumpuan terhadap membina identiti jenama mereka dalam usaha untuk meningkatkan kecekapan modal dan nilai tambah kepada perniagaan serta pelanggan mereka.

Pengasas label kasut jenama mewah XALF, Xavier Mah, berkata pembinaan identiti jenama yang kukuh bagi PKS akan meningkatkan kehadiran mereka dalam pasaran yang kompetitif dan lebih mudah membina rangkaian dengan pelabur yang berpotensi.

Mah yang juga pengasas Xavier Mah Consultancy berkata satu strategi penjenamaan untuk PKS bersaing dengan konglomerat terkemuka adalah dengan menyuntik elemen emosi dalam menyampaikan gambaran kehidupan seseorang dalam usaha untuk mendapatkan pendedahan dan mempunyai daya tarikan kepada pihak berkepentingan yang berpotensi.

“Adalah penting untuk memahami apa yang menjadikan syarikat anda lebih menonjol berbanding yang lain, dan penggunaan cerita beremosi akan membantu membina profil yang baik untuk syarikat anda sendiri,” katanya pada seminar di Dewan Perdagangan dan Perniagaan Cina Pulau Pinang di Georgetown, baru-baru ini.

Beliau menjelaskan walaupun kebanyakan PKS mempunyai peruntukan yang terhad berbanding syarikat yang lebih besar, melaksanakan penyampaian gambaran kehidupan seseorang dengan lebih berkesan akan mendapat perhatian media dan mempromosikan perniagaan mereka pada kos yang lebih rendah.

-BERNAMA

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.