PKS perlu adaptasi dengan ketangkasan dalam organisasi

Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu mengadaptasi ‘agility’ atau ketangkasan dalam organisasi mereka bagi berdepan suasana perniagaan yang semakin dinamik ketika ini.

Mengikut kajian Pengasas dan Pengerusi RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Datuk Wira Dr Azizan Osman, ketangkasan tersebut diperlukan bagi perniagaan dapat bertahan dan kekal kompetitif dalam suasana perniagaan yang kerap berubah.

Katanya, apatah lagi Covid-19 yang dilalui sememangnya memberikan impak besar kepada PKS berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di negara ini.

“PKP mengurangkan aktiviti perniagaan PKS mengakibatkan mereka (usahawan) mengalami tekanan kewangan apabila perbelanjaan melebihi daripada pendapatan yang dihasilkan ketika ini.

“Sehubungan itu, usahawan perlu mengadaptasi strategi-strategi pemulihan untuk tambah baik prestasi perniagaan meskipun ketidaktentuan pasaran,” jelasnya dalam artikel ditulis bertajuk ‘The Impact of Covid-19 on SMEs in Malaysia and Recovery Strategies’ dalam academia.edu, baru-baru ini.

Impak COVID-19 kepada PKS dengan pengurangan hasil, gangguan rantaian bekalan, peningkatan kos operasi, kejatuhan ekonomi, moratorium pinjaman, pemberhentian pekerja dan bankrap.

Tambahnya, pandemik ketika ini turut mendedahkan ‘kelemahan’ ada pada PKS yang mana secara tak langsung memberikan kesan kepada ekonomi negara.

“Selain itu, ia juga mendedahkan betapa pantasnya turun naiknya atau perubahan dalam persekitaran perniagaan selama ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Azizan yang merupakan mentor usahawan dan juga sentiasa tingkatkan ilmunya berkongsikan 8 strategi pemulihan bagi PKS di negara untuk adaptasi dan lakukan bagi kembali bangkit dalam tempoh mencabar ini.

“Salah satunya adalah inovasi yang merupakan adaptasi amalan perniagaan baharu untuk tambah baik prestasi perniagaan.

“Inovasi juga sangat diperlukan bagi kelangsungan hidup PKS supaya dapat menawarkan penyelesaian baharu bagi berdepan cabaran perniagaan selain soal keberadaan dalam digitalisasi,” ujarnya.

-NIAGATIMES

Azizan-Osman.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.